Kuala Lumpur: Amway Malaysia Sdn Bhd mencatatkan pencapaian terbaru apabila dua produknya iaitu Nutrilite dan eSpring menerima Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2013 masing-masing bagi tahun kesembilan dan kelapan secara berturut-turut.
Pengurus Besar Amway Malaysia Paul Yee berkata, Nutrilite yang juga jenama makanan kesihatan, vitamin dan makanan tambahan menerima anugerah Platinum bagi Malaysia dalam kategori Vitamin dan Suplemen Kesihatan selama sembilan tahun berturut-turut.
“Bagi produk sistem rawatan air pula, eSpring dimenangi anugerah Emas untuk Malaysia dan Asia bagi tahun kelapan berturut-turut dalam kategori Penulenan Air,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Yee, berdasarkan laporan Euromonitor, Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang dapat memproses tumbuhan terus dari ladang dan disahkan organik.
“Komitmen kami dalam bidang penyelidikan dan pembangunan adalah testimoni yang cukup membanggakan dengan setiap jenis dikaji dengan teliti bagi menjamin kualiti terbaik,” katanya dalam kenyataan terbabit.
Menurutnya, produk sistem rawatan air yang dihasilkan iaitu eSpring berupaya menyingkirkan lebih 140 bahan cemar.
Di samping itu, dalam masa sama eSpring dapat mengekalkan 100 peratus mineral bermanfaat seperti kalsium, magnesium dan kalium dalam kandungan air.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20
No comments:
Post a Comment