Saya suka berkongsi apa yang saya belajar. Apatah lagi cara-cara memasang widget. Kenapa? Sebab dalam google search terdapat pelbagai cara dan sudah pasti orang yang tidak tahu tentang IT akan terkapai-kapai untuk mencari kod HTML atau script yang ditunjukkan dalam tutorial blog lain.
Saya pun begitu. Untuk bagi diri saya tidak lupa cara yang saya dapat sendiri hasil dari kesilapan saya dalam pembelajaran di blog lain, saya kongsikan apa yang saya dapat bersama anda. Harap anda dapat manfaatnya.
Ok, saya nak berkongsi cara mudah memasang Google Friend Connect. Anda semua tahu, dalam blog yang baru widget ni dah tiada lagi. Yang ada cuma Google + Followers. Jika blogger baru seperti saya melihat blog blogger lain, sudah pasti inginkan widget yang lama. Sebab? Sebab blogger lain pakai, kita pun nak jugalah. Hahaha.
Caranya mudah. Buka tab baru dan anda salin kod di bawah:
https://www.blogger.com/rearrange?blogID=2428183242552059351&action=editWidget§ionId=sidebar-right-1&widgetType=null&widgetId=Followers1
Tulisan berwarna merah anda gantikan dengan blog ID anda sendiri. Cara untuk dapatkan blog ID boleh tengok gambar dibawah:
Selepas anda gantikan kod blog ID, anda perlu refresh kembali tab tersebut. Hasilnya anda akan mempunyai widget Google Friend Connect ini.
Sekarang anda sudah boleh menggunakan widget Google Friend Connect ini. Anda boleh panjangkan artikel ini kepada kawan-kawan yang merasakan perlu widget ini untuk blog mereka.
Selamat Mencuba!!
Jika anda sukakan artikel saya ini, silalah tinggalkan komen.
No comments:
Post a Comment