Monday, 21 April 2014

DIAMOND KEN YAW DAN KARA LEE


Sejak layak sebagai Pengedar Terus Zamrud Pengasas pada 2009, kami membuat keputusan untuk meletakkan sasaran yang lebih tinggi dan layak sebagai Intan dalam tempoh setahun. Kami mengubah cara berfikir dan bekerja keras untuk merealisasikan visi kami. 

Dengan kerjasama daripada ahli pasukan dan rakan niaga, kami berjaya mengatasi segala cabaran dan layak sebagai Intan pada 2010! Saya sentiasa berfikir bahawa pendidikan yang baik dan kelayakan profesional adalah tiket untuk kehidupan yang selesa. 

Selepas tamat sekolah menengah, saya menamatkan kursus ACCA secara sambilan dan menjadi Akauntan Berkanun yang diperakui oleh MIA. Isteri saya, Kara adalah Akauntan Kos. Kami bekerja kerasdemi mengejar kedudukan dan pendapatan yang lebih tinggi serta menjalani kehidupan yang stabil.

Saya mendengar tentang AMWAY™ buat pertama kali daripada bapa mertua saya. Saya mendaftar tetapi berpendapat bahawa individu yang tidak suka bergaul seperti saya dan isteri tidak sesuai untuk perniagaan ini. Namun begitu, kami menghargai kualiti suplemen diet dan produk AMWAY yang lain. 

Mujurlah, penaja kami begitu sabar dan gigih. Kami mengalah dan menghadiri beberapa perjumpaan. Akhirnya, kami memahami potensi AMWAY dan perbezaannya yang unik. Kami lihat mereka yang menceburi perniagaan ini lebih gembira dan melaluinya, kami boleh mencapai impian untuk memperoleh jaminan, kebebasan kewangan dan gaya hidup santai tanpa terikat dengan waktu kerja 9-5. Bagi saya, aspek pendapatan pasif adalah yang paling menarik. 

Saya sedar bahawa walaupun mempunyai kelayakan akademik dan kedudukan dalam syarikat, anda akan sentiasa terikat dengan syarat pekerjaan anda. Jika anda berhenti bekerja, anda akan berhenti menjana pendapatan. Kami tidak mahu masa depan kami ditentukan oleh orang lain. Itulah sebabnya kami memulakan perniagaan AMWAY. Kami memulakannya secara sambilan. 

Kami berhadapan dengan banyak penolakan dan cabaran berkali-kali.Kami teruskan juga, memperuntukkan lebih banyak masa untuk perniagaan ini dan berusaha ‘menyahprogram’ sifat-sifat dan mentaliti akauntan dalam diri kami. Kami bertemu dengan rakan seperjuangan yang memberikan sokongan padu, Intan Shawn Lee & Priscilla Liau. Bersama-sama, kami saling memberi galakan dan berusaha demi masa depan kami. Pada 2005, ketika hampir dinaikkan pangkat, saya memutuskan untuk meletak jawatan dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap AMWAY. 


Ia bukanlah keputusan yang mudah; Saya dan Kara sedang menanti kelahiran bayi kami. Namun, saya tahu bahawa jawatan yang lebih tinggi bukanlah jawapannya. Ia tidak akan memberikan jaminan kewangan jangka panjang. Bayangkan kepuasan yang kami rasai apabila dalam tempoh satu tahun sahaja, kerja keras dan konsentrasi kami membuahkan hasil. Kami layak mendapat tiga penyemat iaitu Nilam, Nilam Pengasas dan Zamrud pada masa yang sama iaitu pada 2006. 
Ini membina asas yang kukuh untuk perniagaan kami. Kami telah mengunjungi banyak tempat di dunia untuk ALS, termasuk Afrika Selatan, Jepun, Las Vegas, Rom, Alaska, San Francisco, Los Angeles, Dubai, Paris, dan mengikuti Mediterranean Cruise. Seminar-seminar ini menambah pengalaman dan meninggalkan banyak kenangan yang tidak dapat kami lupakan. 
Hari ini, kami dapat mengawal masa dengan lebih baik. Kami begitu menghargai kebebasan yang luar biasa ini dan menjalani kehidupan mengikut falsafah AMWAY yang menekankan keseimbangan yang baik antara kerja dan keluarga. Lebih 50 ahli keluarga kami menyertai perniagaan ini. Kami gembira membina perniagaan ini dan ia telah mengukuhkan lagi ikatan kami sebagai sebuah keluarga dan sebagai suami dan isteri. 

Saya dan Kara sangat terhutang budi kepada pengedar atasan dan mertua saya Zamrud Pengasas Lee See Hik & Wong Ching Beng kerana memperkenalkan kami kepada AMWAY dan atas galakan dan bimbingan mereka; ibu dan bapa saudara Intan Gan Yok Lee & Huang Chen Tow, pengedar atasan kami Tiga Intan Pengasas Siew Fang & Celia Wong dan Intan Eksekutif Cheong Kwee Fatt & Ng Kim Mooi; mentor kami Intan Pengasas Robert Yap Kim Choo & Lily Yee Lai Wah dan Duta Mahkota Peter Lee & Choi Kit atas inspirasi dan sokongan. 

Terima kasih kepada semua pemimpin AMWAY kerana memberi sokongan dan galakan kepada kami, semua pemimpin dalam organisasi kami atas pengiktirafan dan kerjasama dan semua rakan niaga dalam kumpulan kami atas kepercayaan dan berkongsi impian dengan kami. 

Akhir sekali, tidak lupa ibu bapa dan ahli keluarga kami atas sokongan moral serta anak-anak kami, Jia Juin, Jia Jye and Jia Wye kerana sentiasa menjadi sumber motivasi kami. Percaya diri sendiri. 

Anda bukan sahaja boleh, anda akan berjaya!

No comments: