Sunday, 20 April 2014

FOUNDERS CROWN AMBASSADOR STEVEN LIM DAN ANGELINE LEE


Impian saya

Semasa kecil, impian saya ialah menjadi seorang doktor. Saya fikir doktor menjalani hidup yang selesa, memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan sangat disegani. Ia memang kerjaya yang begitu dihormati.

Impian dan realiti serta jurang yang memisahkan

Saya dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Ibu bapa saya adalah petani. Sejak zaman kanak-kanak, saya membantu mereka menanam sayur-sayuran dan padi di ladang. Malah, saya bekerja sambilan di rumah sembelih, tapak pembinaan dan ladang ayam. Semua rakan sekolah saya hidup lebih senang, menjadikan saya tertanya-tanya mengapa hidup saya tidak seperti mereka. Bapa saya menjawab dengan jujur, “sebab kita miskin.” 

Namun, beliau menggalakkan saya mencari peluang yang lebih baik! Pernah sekali, seorang guru menyuruh saya untuk menyenaraikan cita-cita dan rancangan saya pada masa hadapan. Ketika itu saya sedar bahawa ada jurang pemisah yang sangat besar antara impian saya dengan dunia realiti. Saya tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memasuki sekolah perubatan, jadi saya melupakan impian untuk menjadi doktor.
Setiap usaha anda akan membuahkan hasil

Disebabkan prestasi yang tidak berapa baik, saya memutuskan untuk berhenti sekolah dan pergi ke Kuala Lumpur. Akhirnya saya bekerja sebagai budak suruhan di sebuah syarikat penerbitan. Ketekunan saya terbayar apabila saya ditukarkan untuk menjadi juruteknik pemisah warna. 

Sedar tak sedar, saya telah saya telah bekerja dengan syarikat tersebut selam 10 tahun tanpa sebarang perubahan besar dalam hidup saya. Saya masih terperap di bilik gelap memproses filem, kadangkala sehingga awal pagi. Saya hilang kebebasan dan masa hadapan juga tidak menentu. Saya tahu bahawa masa lampau tidak boleh diubah, jadi saya memberanikan diri untuk melakukan sesuatu demi masa hadapan saya.

Apa sahaja yang terlintas di fikiran, tidak mustahil untuk dicapai!

Saya bekerja untuk hidup dan saya hidup untuk menikmati nilai dan erti sebenar kehidupan. Namun, saya telah bekerja seperti robot selama sedekad hingga hampir tiada masa untuk makan dan tidur. Apabila AMWAY ditubuhkan di Malaysia pada 1976, rakan-rakan memperkenalkan produk dan peluang perniagaan AMWAY kepada saya. Saya berasa ragu-ragu kerana saya tahu tentang individu berjaya yang tidak ambil peduli tentang AMWAY. Saya meyakinkan diri untuk tidak mendaftar.

Mereka yang bijak akan mendapatkan penjelasan

Pada 1980, saya terserempak dengan seorang kenalan dari kampung saya. Selepas mengetahui bahawa beliau menyertai AMWAY, saya cuba meyakinkan beliau untuk menarik diri. Selepas itu, beliau sering mengunjungi saya tetapi saya menegah beliau daripada bercakap tentang AMWAY. Tetapi beliau tidak berputus asa dan lama-kelamaan kegigihannya membuat hati saya tersentuh. Selepas menolak banyak jemputan untuk menghadiri perjumpaan peluang perniagaan, akhirnya saya setuju untuk hadir. Itupun semata-mata kerana saya mahu tahu kalau-kalau beliau memperalatkan saya untuk mendapatkan keuntungan!

Rebut setiap peluang; setiap kejayaan bermula dengan cubaan pertama!

Tidak perlu dikatakan, selepas semua anggapan negatif tersebut, saya terkejut apabila mengetahui AMWAY boleh membawa saya ke arah gaya hidup yang yang saya impikan. Namun, saya dihujani dengan fikiran negatif seperti saya terlalu sibuk, keyakinan diri yang terlalu sedikit, tidak berani bercakap di khalayak ramai, dll. Mujurlah keinginan saya untuk mengubah kehidupan lebih kuat. 

Saya tidak berputus asa, sebaliknya berazam untuk mencuba peluang yang ada. Dalam pada saya membina perniagaan AMWAY, ternyata setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengambil tindakan yang betul. “Mereka yang berlengah-lengah akan kerugian; mereka yang bertindak akan beroleh keuntungan.” Memang tidak dapat disangkal lagi. Jangan terlalu banyak berfikir, buat keputusan dan bertindak.

Rahsia kejayaan

“Apa rahsia kejayaan anda?” Telah banyak kali saya diajukan soalan ini dan saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi pendapat dengan anda.
  1. Berikan komitmen. Ramai yang memilih untuk menjadi orang luar dalam AMWAY. Mereka mendaftar tetapi mereka enggan memberikan komitmen. Akhirnya, mereka berhenti sebelum melihat potensi perniagaan ini sepenuhnya.
  2. Terus fokus. Sebaik sahaja anda memilih AMWAY, jangan biarkan sesiapapun mempengaruhi anda untuk berhenti. Anda akan berjaya jika anda tidak berputus asa dan berpegang teguh dengan keyakinan diri.
  3. Terus aktif. Hadiri perjumpaan secara tetap dan contohi para pemimpin yang berfikiran positif. 
  4. Kepimpinan, pengalaman dan bimbingan mereka akan membantu mengembangkan perniagaan anda.
  5. Tetapkan matlamat, bukannya hanyut tanpa arah tujuan. Cuba bayangkan matlamat anda dan ia akan bertukar menjadi sumber motivasi yang berkuasa.
  6. Berdikarilah tetapi jangan asingkan diri. Pembangunan diri adalah prasyarat kejayaan dan ia hadir apabila anda belajar untuk berdikari. Namun begitu, tidak bermakna anda harus bersendirian. Oleh itu, belajar untuk berinteraksi dengan orang lain dan saling membantu.
  7. Semaikan tabiat yang baik. Jangan berhenti berkongsi Peluang Perniagaan dan produk AMWAY. Hanya setelah anda meletakkan diri di barisan hadapan baharulah anda akan rasa teruja dan bermotivasi untuk menjadikan impian anda satu kenyataan. 
  8. Gigih dan tertindak selangkah demi selangkah. Kejayaan tidak akan berlaku secara kebetulan; walau apapun cabaran dan rintangan, jangan berhenti di tengah jalan sebaliknya tekun, tekun, tekun!
Bersyukur

Syukur kepada Tuhan atas rahmatNya! Terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberikan saya kehidupan; kepada Duta Mahkota Foo Howe Kean atas bimbingan, nasihat dan bantuan; kepada penaja saya Kon Heng Tong Peter dan semua mentor dan rakan kerana sentiasa bersedia memberikan bantuan dan kepada Pengasas Bersama AMWAY Rich & Jay untuk peluang perniagaan yang mengagumkan ini!

PETIKAN AMAGRAM SEPTEMBER 2011

No comments: