Wednesday 16 April 2014

CARA MUDAH MEMBUAT SITE MAP UNTUK BLOG

Bagi saya, orang baru nak berjinak-jinak di dalam dunia blog tentu banyak perkara yang ingin dilakukan dan sering kali menemui kesilapan-kesilapan dalam memasang widget, betul tak? Tetapi itu semua merupakan pengalaman yang berharga. 

Jika kita membuat google search untuk widget, banyak blog akan tunjukkan tutorial cara-cara untuk melakukannya. Saya sekadar ingin berkongsi bagaimana saya melakukan dan memasang widget yang saya belajar secara sendiri, dan saya permudahkan lagi. Mungkin cara saya ringkas atau shortcut, tetapi ia berkesan untuk saya. Dan saya percaya ia juga berkesan untuk blog anda yang sudi membacanya.

Ok, tanpa membuang masa saya nak tunjukkan tutorial pertama bagaimana saya memasang Index Post di dalam satu halaman atau bahasa blognya site map. 

Pertama anda pergi kepada Pages>New Page>HTML. Dalam ruangan tersebut anda hanya perlu salin kod di bawah ini:
<div style="margin-left: 1em; margin-right: 1em; text-align: left;">
<script src="http://yourjavascript.com/11022161853/Sitemap.js"> </script> <script src="http://marquesdelavida.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"> </script> </div>
Tulisan berwarna merah itu anda gantikan dengan nama blog anda. Kemudian klik Publish.

Sekiranya anda belum membuat setting, sila klik pada Layout>Add Gadjet>Page>Save.


Ikuti langkah Satu, Dua dan Tiga



Sekarang anda sudah mempunyai site map untuk blog anda sendiri. Mudah bukan? Saya sudah ringkaskan untuk mereka yang tidak pandai seperti saya.

Saya harap anda faham apa yang saya tulis dan perlu ingat saya baru berjinak-jinak dalam dunia blog. Diulang baru berjinak-jinak. Saya kongsikan bersama anda dan harap bermanfaat untuk blog anda nanti.

Jika suka dengan artikel saya, sila tinggalkan komen.


No comments: