Monday 28 April 2014

happy besday amy - 1 tahun dah

08 Julai 2012 dan 08 Julai 2013. Tarikh ini merupakan tarikh kelahiran anak pertama kami Ahmad Razin Fahmi. Sekarang Fahmi atau panggilan manja Amy dah nak masuk 3 tahun. Kami sambut besday Amy setiap tahun. Sambutan pula secara kecil-kecilan sahaja. Panggil jiran-jiran sekitar rumah je pun. Tapi yang penting, kita ingat besday Amy. Jom kita tengok gambar-gambar yang terakam sewaktu sambutan besday Amy.

Taraaaa... Kek Amy!

Kek ni dibuat sendiri oleh mak nye



bentuk bola

siap pasang lilin.. lawa tak?

mak nya beria-ria potong kek

waktu ni amy tak berapa reti lagi nak potong kek

jiran-jiran yang hadir

topeng besday

suap kek untuk anak mama dan abah
Itu sambutan besday yang pertama. Sambutan biasa-biasa sahaja. Maklumla, budak baru satu tahun bukan tahu apa pun. Tunggulah besar sikit, hah tau la minta macam-macam. Kek tu design sendiri oleh wife saya. Ada yang nak tempah ke? Kalau nak bolehlah contact saya nanti. Camne pula dengan sambutan besday 2 tahun? Jomm kita tengok sama-sama.

Eh, kita tengok di posting lain la. Biarkan satu posting satu cerita. Hehe. Baru banyak entri untuk blog ni. Nanti saya sertakan link untuk posting sambungan ye.

Sambungan di sini - Happy besdaay amy - 2 tahun dah


Marques De La Vida





No comments: