Sunday 27 April 2014

SANTAI-SANTAI BERSAMA FAMILY

25 April 2014 - 27 April 2014. Malam Jumaat aku menyertai pertandingan bowling. Penyertaan peserta seramai 54 orang. Aku salah seorang yang menyertai pertandingan tersebut. Hati berdebar sebab dah lama tak main. Target mula-mula nak dapat nombor tapi bila tengok peserta yang masuk bertanding, nombor dah tak nampak. Mana tidaknya, yang masuk tu semua kawan-kawan yang sama-sama main tournament di Ipoh Parade. Memang tiada harapan nak menang. Hati pula jadi takutlah, rasa nak terkucil dan berpeluh sakan masa main hari tu. Menang ke kalah? Sudah tentu kalah. Habis main, terus balik. Tak tengok dah siapa jadi juara malam tu. Maaflah Kak Zurina, lain kali saya tunggu. Itupun kalau saya menang. 

Groub Facebook saya, TAIPING Menggamit Kenangan ada juga wakilnya. Saya, abang Anuar Ahmad dan Abdul Mukhlis sahaja yang saya kenal. Yang lain saya tak kenal. Abang Anuar dan Mukhlis sebelah lane saya. Abang Anuar rupa-rupanya power juga main bowling. Siap bawa bola sendiri lagi. Saya? Bola saya sudah dijual. Ingatkan di Taiping tiada pertandingan. Lepas ni, ada rezeki boleh beli semula bola bowling. Tunggula next tournament. Pasti akan ada hadiah punya.

Habis main bowling dalam pukul 12 malam. Saya dan keluarga terus bertolak ke Kampar untuk tidur di rumah adik. Keesokkan hari, hari Sabtu saya ada friendly match bola tampar lawan FRU. Federal Reserved Unit. Team saya cukup-cukup sahaja. 7 orang yang datang main untuk game hari tu. Memang penat la + panas matahari lagi. Tak boleh langsung main hari tu. Game habis pukul 11 lebih. Kami kalah 5 game. Menang sorak sahaja. Kena banyak lagi latihan. Saya baru betul-betul serius main bola tampar dalam tahun ni. Kasut pun  sudah beli baru 1. 
Lepas game bola tampar saya dan adik bertolak pula ke Kampar untk berkelah. Family besar saya sudah tunggu di sana dalam kul 12 tengahari lagi. Mereka berseronok dulu nampak gayanya tu. Kami sampai dalam kul 2 petang. Tak sangka juga, di Kampar selain Gua Tempurung yang memang dah terkenal, ada tempat rekreasi yang meenarik. Sg Jehang kalau tak silap saya. Kalau salah, tolong betulkan saya ye. Jom tengok gambar-gambar saya sewaktu berkelah di sana.


Apa lagi, bergambar la buat kenangan. 
 Sejak saya ada blog, jika boleh saya nak merakamkan segala aktiviti saya untuk diceritakan di dalam blog saya. Biar sampai maksud tujuan saya buat blog ni.


Posing baik punya

Saya dan isteri

Saya, isteri, adik Awish

Saya, anak saya dan abah

Anak pun pandai bergaya

Saya, Fahmi, abah dan adik Awish
Iman, anak Anyah bersama anak saya, Fahmi

Jarang dapat bercuti macam ni

Berdua - Santai sangat
Memang best dapat mandi sungai. Airnya sejuk, pemandangannya damai dan menenangkan fikiran. Kalau korang nak pergi, bolehla. Tempat ni sesuai la juga untuk santai-santai family di hujung minggu. Itu adalah aktiviti untuk hari Sabtu. Berkelah sahaja. Sebelah malamnya, kami duduk rumah Anyah. Jam 10 semua pakat-pakat tidur, penat berendam dalam sungai siang tadi. Hehe.

Ahad. Hari ni dari Kampar kami terus ke Gerik untuk menghantar adik Khaidir dan adik Awish. Sepatutnya abah yang hantar, tapi kereta abah rosak. Air masuk dalam enjin sebab hujan turun lebat kat pengkalan. 2 minggu jugalah kereta masuk bengkel. Patah kaki la jawabnya. Sebelum pergi ke Gerik, kami minum di restoran mamak. Tak ingat pula nama restoran apa. 

My Father Dan Awish

Dah boleh gunting rambut ni
Lepas makan, kami terus ke Gerik. My Sweet Home Town. 2 bulan lebih tak balik Gerik. Selalu kami berkumpul sebulan sekali. Kami sampai Gerik dalam pukul 1.30 petang. Sampai Gerik, tidur kejap saja. Rehatkan badan yang letih. Sepatut hari ni team bola tampar saya ada game friendly lagi dengan Bomba Kuala Kangsar, tapi saya balik kg tak jadilah main hari ni. Next time boleh main lagi. 

Lepas Maghrib, kami bertolak semula ke Taiping. Selamat sampai dan selesai semua urusan dalam pukul 10 malam. Itulah aktiviti santai saya bersama keluarga untuk minggu ini. Walaupun penat tapi cukup seronok dapat luangkan masa dengan keluarga. Next, tak tahu lagi apa aktiviti yang kami nak buat. Sampai di sini catitan saya untuk post kali ni. Saya akan update lagi bila berkesempatan.

Marques De La Vida









No comments: