Saturday 19 April 2014

BUKAN SEMUA MLM TIDAK BAGUS

BUKAN semua perniagaan jualan langsung (MLM) tidak baik dan memberi masalah kepada orang ramai, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Katanya, terdapat perniagaan seumpama itu yang memberi kebaikan kepada pengguna terutamanya daripada segi penjimatan kos. “Perniagaan Amway umpamanya begitu berleluasa dan tiada masalah. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan dan barangan yang dijual dalam MLM,” katanya ketika menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang).

Awang Adek berkata, tidak semestinya jika kadar dalam MLM di sesebuah negara itu tinggi, maka ia sesuatu yang negatif. Menurutnya, kawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah bagi memastikan tidak berlaku penipuan dalam MLM manakala Bank Negara pula mengawasi perbuatan pengambilan deposit haram dan perdagangan mata wang asing tanpa lesen.- Bernama

No comments: