Thursday 8 May 2014

Check List Untuk Buat Amway

Check list? Dah bersedia ke untuk lebih serius dalam Amway? Kalau aku nak serius berjaya di dalam Amway, aku perlukan gerak kerja yang betul. Perlu ada check list harian, mingguan dan bulanan. Macam mana nak buat check list ni? Diamond ada bagitahu dulu masa aku datang meeting tahun 2013, tapi sekarang aku tak ingat. So, aku rasa aku perlu buat check list sendiri untuk aku monitor perjalanan dalam dunia Amway aku. 

Yang Ini Aku Perlu Berubah
Gambar Sewaktu Seminar
Pertama sekali aku nak buat check list harian dulu. Biar aku berdisiplin dalam aktiviti harian aku. Apa yang perlu aku buat? Mudah. Ikut sahaja apa yang telah dirancang. Pepatah ada mengatakan, WORK SMART, NOT WORK HARD! Aku kena BERDISPLIN mulai saat sekarang. Jika bukan sekarang, bila lagi? Jika bukan aku, siapa lagi? 

CHECKLIST

1. Senarai Nama @ Prospect
Servis Customer dan Downline
  • Aku perlu ada satu buku untuk senarai nama orang yang nak aku jumpa. 
  • Dan senarai nama ini perlu ditambah setiap hari.
2. Perkongsian Pengalaman @ Sharing
  • Kena berkongsi dengan seramai yang mungkin tentang produk.
  • Cari peluang untuk bercerita @ kedai makan, supermarket, taman permainan dll.
  • Dan setiap hari perlu bercakap tentang Amway..
3. Servicing
  • Kena service downline atau pelanggan kita sehabis baik.
  • Setiap kali datang ke rumah mereka atau berjumpa, perlu ada barang lain untuk ditunjukkan.
  • Layan pelanggan seperti raja. Pelanggan adalah aset perniagaan kita.
4. Demo Produk
Meeting Wajib Untuk Berjaya
  • Perlu tunjuk demo mudah pada prospek, kekawan atau sesiapa sahaja yang kita jumpa.
  • Mahirkan 1 atau 2 produk dan jadikan sebagai killer produk. 
  • Tak perlu fokus banyak produk. 
  • Sentiasa bawa set demo yang ingin kita tunjukkan.
5. Meeting @ Majlis Ilmu
  • Jangan tinggal meeting mulai saat ini.
  • Wajib datang tanpa sebarang alasan.
  • Cuba bawa orang baru ke tempat meeting.
  • Jika tiada, diri aku sendiri wajib datang untuk belajar. 
  • Datang seorang, kita belajar. Datang dengan prospek jana pendapatan.

Ini yang aku rasa aku perlu lakukan setiap hari. Wajib!! Kalau orang lain boleh menilai yang aku boleh berjaya dalam Amway, kenapa aku tak boleh percaya diri aku sendiri sehebat penilaian mereka? Betul tak?


Aku kena berdisiplin dan sentiasa mengikut apa yang aku rancangkan. Bermula dengan asas dan jangan tinggalkan sehingga berjaya. 


Marques De La Vida

No comments: