Thursday 8 May 2014

Aksi Terbaik Fahmi

Aku nak berkongsi satu gambar aksi anak aku yang setiap kali aku melihatnya membuatkan aku ketawa sendirian. Memang terbaiklah. Secara spontan je aku tangkap gambar ni. Asalnya dia merengek nak handphone aku yang tengah caj tuh. Last-last merajuk, dia pun buat aksi ni sambil minum susu dan tengok tv. Hahaha. Terbaiklah Amy. Abah sayangkan Amy.

Haha. Amacam, menarik tak gelagat Amy?
Amacam? Sedang buat senaman cakar harimau tu. Tunggu Amy dah besar sikit, nanti boleh tengok semua post yang abah ceritakan tentang Amy nanti. Sekejap je masa berlalu, Amy dah nak masuk 3 tahun. Tak lama lagi dah nak dapat adik. Besar dugaan untuk besarkan Amy. Banyak cabaran yang abah dan mama lalui dalam membesar dan membentuk Amy. Abah harap Amy akan jadi anak yang soleh dan berjaya di dalam hidup nanti.

Marques De La Vida

Check List Untuk Buat Amway

Check list? Dah bersedia ke untuk lebih serius dalam Amway? Kalau aku nak serius berjaya di dalam Amway, aku perlukan gerak kerja yang betul. Perlu ada check list harian, mingguan dan bulanan. Macam mana nak buat check list ni? Diamond ada bagitahu dulu masa aku datang meeting tahun 2013, tapi sekarang aku tak ingat. So, aku rasa aku perlu buat check list sendiri untuk aku monitor perjalanan dalam dunia Amway aku. 

Monday 28 April 2014

TAIPING Menggamit Kenangan - santai bowling

Alamak. Tarikh tak ingat. Macam mana ni? Takpe, Tarikh tak penting sangat. Yang penting ada gambar aktiviti yang dilakukan. Hehe. kali ni saya nak bawa korang semua tengok aktiviti santai bowling Group Facebook TAIPING Menggamit Kenangan. Best aktiviti kali ni. Ramai yang datang. Dan boleh bersuai kenal sambil merehatkan tekanan. Pastu leh sambung balik tekanan tuh di rumah. Hahaha.

Aktiviti bowling santai ni buat kat Taiping. sebelah malam. Kami sekeluarga datang untuk aktiviti ini. Yela, saya dan wife memang minat bowling. Sekali-sekala bolehlah main sama-sama. Apatah lagi kalau group buat. Lagi best. Ok. Tanpa melengahkan masa mendengar bebelan saya, jom kita tengok  aktiviti yang kami buat.

sembang sembang kosong sebelum game

rakan-rakan baru 
gaya berbowling dari belakang

happy besdaay amy - 2 tahun dah

Hah.. Sambungan dari tajuk sebelum ni happy besday amy - 1 tahun dah. Jom kita tengok sambutan besday amy tahun kedua. Kali ni amy dah besar sikit. Sambutan pun meriah jugalah. Seperti biasa saksikan gambar-gambar saat-saat terindah yang terakam waktu amy menyambut besdaynya. Kali ni besday sambut sekali dengan besday opah.

Happy 2nd besday decorate by mama amy

urmm.. sedapnya! besday opah dan amy disambut sekali

happy besday amy - 1 tahun dah

08 Julai 2012 dan 08 Julai 2013. Tarikh ini merupakan tarikh kelahiran anak pertama kami Ahmad Razin Fahmi. Sekarang Fahmi atau panggilan manja Amy dah nak masuk 3 tahun. Kami sambut besday Amy setiap tahun. Sambutan pula secara kecil-kecilan sahaja. Panggil jiran-jiran sekitar rumah je pun. Tapi yang penting, kita ingat besday Amy. Jom kita tengok gambar-gambar yang terakam sewaktu sambutan besday Amy.

Taraaaa... Kek Amy!

Kek ni dibuat sendiri oleh mak nye